1) Orang Pokok
Mangsa bernama Dede Koswara dan berusia 35 tahun. Semasa anggota badannya mula ditumbuhi akar, orang kampungnya yakin dia diperkena atau disantau. Setelah keadaannya menjadi agak kronik, isterinya yang telah bersamanya 10 tahun meninggalkan Dede dan anak-anak mereka kerana Dede sudah tak mampu bekerja. Oleh sebab kesempitan wang dan terdesak, Dede telah menyertai freak show di mana orang yang mempunyai keganjilan fizikal akan mempamerkan diri mereka untuk ditertawakan atau dicerca. Dipendekkan cerita, kes Dede akhirnya mendapat publisiti dari luar, dan seorang pakar kulit dari Amerika berminat untuk mengubatinya.
Penjelasan kurang sensasi tetapi benar:
Dede sebenarnya mendapat viral infection yang bergelar Human Papilloma Virus (HPV) akibat luka di lututnya yang tidak dirawat semasa dia masih remaja. Kalau individu normal seperti kita mendapat luka, luka itu akan bertukar menjadi kudis sahaja. Tetapi dalam kes Dede, yang mengalami kecacatan genetik yang sangat jarang ditemui, virus itu telah menyerang sistem imunnya yang lemah dan sel kulitnya, yang menyebabkan kulitnya kelihatan seperti ditumbuhi akar pokok. Penyakitnya dapat dipulihi dengan Vitamin A.
Ya, vitamin A. Bukan kuasa bomoh.
2) Bayi Ular
Bayi ini mendapat gelaran ‘Snake Baby’ kerana dilahirkan dalam keadaan kulit bersisik dan bermata merah. Aku tak mahu meletakkan gambar atau video bayi tersebut di sini di atas sebab-sebab tertentu. Kalau kamu mahu melihat juga, boleh Google.
Cerita yang tersebar adalah bayi tersebut dalam keadaan begitu kerana ibunya sering mengatakan dia sedang mengandungkan haiwan apabila ditanya bakal mendapat anak lelaki atau perempuan. Ibunya dikatakan kecewa kerana mendapat tahu bakal melahirkan seorang lagi anak perempuan lagi kerana sudah melahirkan dua orang anak perempuan sebelum ini. Jadi, setelah anaknya dilahirkan dalam kondisi sebegitu, kecohlah orang kampung mengatakan ibunya telah diperkena atau disumpah.
Penjelasan kurang sensasi tetapi benar:
Di bahagian kulit kita yang mampu berlipat, kulit penghidap penyakit ini akan merekah. Keadaan ini menyebabkan mereka mudah mendapat infeksi dan terkena jangkitan bakteria. Kulit mereka yang seperti armor itu pula menyebabkan mereka mudah mendapat hyperthermia akibat haba yang mudah terperangkap dalam badan. Badan mereka yang susah untuk menyimpan air pula menyebabkan mereka selalu mengalami dehidrasi. Tak hairanlah bayi yang menghidap penyakit ini biasanya meninggal dunia 2 hari selepas dilahirkan.
Setelah meng-Google dan meng-Wiki, aku menjumpai dua kisah penghidap Harlequin yang berjaya survive hingga menjadi dewasa. Tetapi nyata bahawa hidup mereka adalah suatu perjuangan tiap-tiap hari.
i) Ryan González
Pemuda yang berasal dari
ii) Lucy dan Hannah Betts (18 dan 15 tahun), dan juga Dana dan Lara Bowen (8 dan 1½ tahun)
Rutin gadis-gadis ini pada tiap hari adalah bangun awal pagi untuk mandi 2 jam (supaya kulit lembut dan senang tertanggal), eksfoliasi/ rawatan lulur untuk menanggalkan sel kulit yang keras dan melumur sebanyak losen yang mungkin di atas badan mereka. Losen perlu disapu sekali lagi pada tengah hari dan sebelum tidur. Mereka masih mendapat jangkitan dan lapisan kulit hiperkeratotik yang tebal masih menutupi kulit mereka walaupun menjalani rutin ini. Sisik di dalam mata Lucy telah menyebabkan salah satu matanya buta dan lagi satu dengan 10% kemampuan melihat. Hannah Betts mengalami cerebral palsy.
Kulit mereka dikatakan tumbuh pada kadar 14 kali ganda lebih cepat dari kita. Aktiviti mengvakum karpet menjadi kebiasaan untuk membuang sel-sel kulit yang sudah tertanggal.
Kesimpulan.
a) Lebih baik kita mencari penjelasan yang paling logik (kalau ada) jika bertemu dengan sesuatu keluarbiasaan supaya keadaan/individu boleh dirawati dengan segara.
b) Bersyukur dengan apa yang kita ada.
15 comments:
kenape xnak ltk gmbr baby snake tu? i dah google, tp x clear. i pernah tgk a similar pic, tp kononnya from Indonesia.
have u seen the video of an old man in Indonesia, live is a ver isolated village..he..has...
the biggest scrotum ever owned by man.
kesian dia..nak naik tgga rumah papan dia pun kena angkat 'benda' dia tu..even jalan pun seret dgn lantai...kesiann!
tengok komen zureen terus taktau ape nak tulis.
zureen: I don't want to be responsible if some ignorant fool gazed at that picture and called that poor baby hantu/alien/buruk. Seen it happen on Youtube often. Try googling harlequin babies
farizzet: Haha men! So easily distracted.
zureen,ape lagi..kongsi le link video tu..:)
terima kasih kerana tidak meletakkan gambar itu!
i might have nightmares.
one thing they can be proud of is, they are the chosen one, the stronger-than-the-other-million-sperms winner.
satu je yang menjadi tanda-tanya gua.
lelaki pokok tu akhirnya berjaya disembuhkan ke tak?
takahara: Huhu I know, the pics tend to make some people squeamish.
broken nigina: Yupe, dia dah boleh makan pisang dan sms pakai tangan sekarang. Klik link ini untuk tengok gamba dia sekarang--->
Tree Man Recovering
tengok treeman recovering, teringat kat kawan sorang lagi...
the thing, fantastic 4, stone man.
Tak silap saye pernah bace pasal Lucy dan Hannah Betts dalam Reader's Digest.
And yes, people often choose to believe the weirdest explanations.
kamu ni obess.. eh, obses betul. hehe. yep, bersyukur sekejap bc posting ni.
*typo - live in
nak cepat masa tu hehe. sorry
farizzet: Hmm. Saya teringat babak Stone Man dalam Fantastic 4 cuba untuk dail butang di telefon awam tetapi tak mampu kerana jarinya terlalu besar.
risingcloud: Mungkin juga ada. Saya dah lama tak baca Reader's Digest.
pakali: Obess? Obese? Kau kot? Heheh.
zureen: Hahaha tak apa.
salam, magenta.
entri yg menginsafkan. nice. 4-thumbs-up (im not weird, i just got 4 thumbs). smoga bermanfaat. keep it up ya.
aku suka baca blog kau. tapi makin lama aku baca, makin aku rasa "susah juga klu dah pandai sangat".
entri ini contohnya,
kebanyakan contoh kenyataan sensasi yang engkau lampirkan, bila difikir oleh orang bijak pandai mcm kau, mmg respon mcm "nahh, bullshit. nonsence benda2 mcm ni nak jadi". sebab apa? sebab most of such cases are followed by scientific fact that make ppl goes like "ahh yess,mana ada benda2 mcm bomoh, sumpahan and such".
sorry aku tak berapa pandai nak menulis menguatkan kenyataan aku. tp, mcm kes lelaki pokok tu, Dr datang check, takkan dia nak kata, ahh tak ada medical fact yang boleh support how is he being like this. mesti lah dia ckp this ckp that. dah dia pn segolongan orang yang mentalitinya mcm kau.
banyak benda dlm dunia ni yang kita kena tinggalkan those questions unanswered. apart from it, nak buat mcm mana kan? ubat aje la. percaya la DR.
aku harap kau boleh add YM aku. fckne@yahoo.com
nice..
Post a Comment