Monday, April 14, 2008

How to Chop Onions and Not Cry.



"What’s your favorite scent?"

"The scent of sautéed onions," aku jawab sambil tersengih.


Aku tahu dia sedang bertanya tentang perfume. Tapi aku memang suka bau bawang ditumis. Dan bau buah kuini.


Aku tak pasti berapa orang muda yang reti memasak sekarang ni memandangkan Malaysia terkenal dengan mapley dan warung yang menawarkan makanan yang sedap dan murah.
Pilihan pun macam-macam. Maybe cooking is a lost art. Tapi aku pasti ada segelintir juga anak Malaysia yang pandai memasak, terutamanya yang berasal dari kampung dan yang pernah belajar di luar negara. Dan kalau kamu suka memasak, kamu pasti sedar bawang adalah bahan yang paling essential dalam setiap masakan. Tak kira lah ayam masak lemak, nasi goreng instant, garden salad atau Denver omelette.


I’m one of the unfortunate few who cry while chopping onions. Kalau kamu juga mengalami masalah yang sama, kamu boleh mencuba petua di bawah:


1) Mungkin petua yang paling berkesan aku pernah cuba. Jika kamu ingin memotong onion rings, potong dari atas ke bawah supaya akarnya dibuang last seperti yang didemontrasi dalam diagram di bawah. Ini kerana akar bawang mempunyai kandungan enzim yang paling tinggi dalam struktur bawang yang bertanggungjawab dalam pembinaan gas asidik yang bakal menjadi irritant kepada mata kita.


Yang lainnya mungkin efektif tetapi bergantung kepada individu.


2) Simpan bawang yang telah dikupas dalam peti sejuk 10-30 minit sebelum mahu memotongnya.


3) Kunyah chewing gum atau chew on a toothpick semasa potong bawang.


4) Rendam bawang dalam air atau potong di bawah arus air yang deras. Langkah yang aku tak gemar, kerana reaksi minyak dengan bawang yang basah semasa menumis.


5) Light a candle atau lighter nearby semasa memotong bawang. Mungkin merokok juga efektif, tapi aku tak tahulah kalau ada orang yang akan merokok semasa memasak.


6) Menggunakan pisau yang tajam untuk menghadkan kerosakan kepada struktur sel bawang, lantas mengurangkan pembebasan gas asidik itu.


7) Memakai goggles atau contact lenses. Entah berkesan ke tidak.


8) Letak sudu dalam mulut semasa memotong bawang. Petua yang aku pernah cuba sekali sahaja sebab nampak ridiculous dan membuat aku tak selesa, tapi strangely enough, berkesan.


9) Berdiri sebelah kipas semasa potong bawang.


Aku harap tips ini dapat membantu sesiapa yang mempunyai masalah seperti aku juga!

20 comments:

Anonymous said...

7) Memakai goggles

i like this one! mcm tgh buat experiment jer kan pakai goggles tu. teringat Chem.

8) Letak sudu dalam mulut semasa memotong bawang.

what's the logic behind this huh? can't seem to figure it out.

magenta said...

I could be wrong, but I think it's either because:

a) The fumes react with the metal first before it can reach the eyes. Your eyes will water a bit, but it won't sting as much.

or,

b) The smell of metal is so strong because you have it in your mouth that you tend not not breathe so much of the acidic fumes in.

Haha those are just my theories. Kalau ada any bio or chem students yang dapat jawab lagi bagus.

broken_nigina said...

kadang-kadang macam best je menangis-nangis bila koyak bawang.

anakabah said...

10) Eat out.

magenta said...

broken nigina: Haha, bagi aku tak best langsung?

AKAB: Ish potong! Aku tengah bersemangat nak sebarkan petua ni.

Makan luar lebih sesuai untuk orang yang perlu menghabiskan esei. Good luck.

Unknown said...

wearing contact lense wont make much difference though, lagi berair mata adelaa.

i love cooking. its highly addictive, esp when menjamu org2 yg lapar dgn hasil masakan kita sendiri. rasa puas sangat. my overseas friend slalu tanya, kenapa bile org melayu masak mesti nk tumis2 bawanglaa dulu, lepas tuh masak mesti nk complicated je *letak byk cengkihlaa, belacanlaa, buah pelaga etc* tapi diorang xfaham, itulaa yg buatkan makanan malaysia sedap2 semuanya. n yes, i suke bau bawang yang ditumis jugak :-)

iqanabeera said...

when i cook for my guy friends, i make them do the chopping onions part.

lepas tu mesti dah tak ada suara-suara sumbang gelakkan perempuan sebab berair mata bila potong bawang.

:D

Anonymous said...

bawang tumis, beeeeest.

aromaterapi.



contacs tak boleh kot. specs mungkin?

Fakyew said...

Potong bawang semasa merokok. Aku slalu buat. Mata berair bkn sbb bawang tapi asap.

Anonymous said...

you know what bothers me more? the stubborn, cloying smell of both onion and garlic on your fingers. bila masak lunch tadi, kenalah potong bawang-bawang kan? sampai sekarang baunya tak hilang-hilang lagi. menyampah! but i don't wanna use the prepacked stuff they have here either. unnecessary and not fresh :P

biasanya saya buat (4). trick to not causing the splatter afterwards is to just dry it on a paper towel la :D

oh my mum also taught me something else about the splattering. nyala api, heat oil kan? add a pinch of salt to the oil before anything else. it works! :D

eliza dzulkafli said...

i think that the kitchen in heaven is filled with the smell and sound of onions in hot oil.

haha. exaggeration tu. but you get what i mean.

i just ate. a lot.
this post made me terliur and lapar again.
cis.

Anonymous said...

tak suka bau bawang ditumis...sakit idung

i dont have problem when cutting bawang

terlampau hebat kot hahahaha

Anonymous said...

aku mintak org lain tolong potongkan atau kita blenderkan saja :D..

hmm..basuh kaki sebelum potong.tak pernah cuba sebab aku akan mintak org lain tolong potongkan..hah!

:D

SayaBudakPemalas said...

ada satu lagi, cucukkan bawang di mata pisau.
dulu selalu amalkan masa tolong mak tapi sekarang main bedal je.

:P

magenta said...

sky: Agree! It's highly addicted. Just learned cooking 3 years ago, tapi have been cooking on a daily basis since then.

iqa: Hahaha. Now it's up to you nak share these tips to ensure a no-tears-operasi-potong-bawang ke tak.

takahara: Specs? Tak pasti. Tengok kawan pakai specs menangis jugak.

timyohannon: Tak takut abu masuk dalam makanan ke? Haha.

chen: I read rubbing toothpaste or baking soda works in getting rid of the smell. Or coffee grounds. Just stay away from gel soaps. It doesn't work.

Thanks for the salt tip!

ellydelish! : Yupe, got what you mean. This post made you hungry? Hehe. But it's just bawang.

erm: Mana kucing dalam topi?

hales: Hahaha. Kalau aku pre-cut onions kat supermarket kan best.

dyana: Hahaha...ok.

magenta said...

Typo. Bodoh aku ni.

sky: *highly addictive.

Anonymous said...

no 8)...hahahahahahahhaahahh..ko cuba?..hahahahah..lwknya bila aku cuba imagine..haha,

--bygkan situasi ini: magenta baru bangun tido,rambut kerusut (wpun aku tau rambut dia lurus gila bab*),trus potong bwg,sudu dlm mulut..pastuh org ketuk pintu dan masuk..."err..maybe i'll come back later"..hahahahahah.

actually no 2) ko yg bgtau aku suh cuba dulu,aku xpenah try pon sbb bwg letak luar je...

magenta said...

Hahaha ceh! Dorang takkan dapat bayangkan pasal dorang taktau rupa aku. Lalala.

Lagi kelakar imagine hang potong bawang lepas bangun tido kot. Eh, mamat rambut afro mana ni dok buat sambal tumis kat dapo nih? Hehehe.

Anonymous said...

Jipo...rambut lurus..hidung? Mata? ...cerita sikit..mcm mana rupa the Magenta...

Anonymous said...

haha..sori..kena tanya tuan badan.

ni ada video menarik..baru 2 hours ago diupload kat youtube..aku selalu gak tgk channel ni sbb video dia pendek dan cool! http://www.youtube.com/watch?v=W550vIEe8eY
sgt sesuai dgn topik ni..hahaha