Thursday, April 3, 2008

Emosi = Bazir Masa + Tenaga.

Ramai orang, termasuk keluarga aku, ingat aku robot. Tak ada emosi. Tapi aku rasa macam-macam; aku senang emphatise, aku sentiasa rasa mahu menolong orang. Walaupun lama-kelamaan aku sedar orang yang aku tolong itu biasanya akan mengkhianati aku.


Minggu lepas anak kucing aku hampir mati. Dia terlentang dalam longkang dalam tahi dan darahnya sendiri. Pada pukul 6.35 a.m. hari Ahad, mak aku ketuk bilik aku berkali-kali, hysterical. Dengan reaksinya, aku ingat ada kebakaran. Aku keluar bilik.


"Kucing tu mati! Ada kucing jantan besar baham dia!" teriak mak aku, sambil menangis teresak-esak.


"Hey! Why you wake her up? We cannot do anything already. Just let the kitten die," kata ayah aku sambil mengerut dahi dan memandang mak aku dengan expression annoyed.


Aku turun bawah. Mak aku ikut, masih hysterical. Aku lihat anak kucing yang di dalam longkang itu, yang sudah tidak bergerak lagi. Rasa macam mahu menangis. Alah, kitten yang paling aku suka. Kenapa bukan yang lain kena? Kemudian aku rasa bersalah berfikir seperti itu.


Di background, emak aku masih bermundar mandir sambil teriak macam-macam. Ayah aku masih mengeluh dan memarahi mak aku kerana kejutkan aku bangun semata-mata untuk lihat kucing mati.


Kemudian kucing itu bergerak. Aku nampak lihat lehernya yang macam kena sembelih separuh dan badannya yang berlumuran tahi. Darah mengalir keluar dengan pantas. Aku minta tuala dari emak aku. Dia masih hysterical. Bila aku minta tuala, dia berhenti bermundar mandir.


"Tapi dia dah nak mati," kata mak aku, dalam nada yang tak pasti.


"Amik je. Kita kena stop bleeding ni."


Sekarang sudah 4 hari sejak insiden tersebut. Anak kucing itu sudah dapat berlari-lari dan meloncat-loncat.


Kalau aku bersikap sinikal dan membiarkan kucing itu dalam longkang, kemungkinan besar dia sudah mati.


Kalau aku panik dan terlalu emosi ketika itu, aku tak akan dapat bertindak.


Kalau kamu ada anak dan dia ditimpa kemalangan, jangan panik. Bawa dia pergi klinik atau hospital.
Kalau kamu di jalanraya dan tak dapat membuat keputusan untuk buat left or right turn, jangan panik. Kalau kamu berada di dalam quicksand, jangan panik. Jangan menangis kerana ingat situasi sudah hopeless. Panik itu membazir masa.


Jangan berputus asa tentang sesiapa atau apa-apa. Kalau kamu ada anak yang bodoh bahalul, jangan give up atasnya. Kalau kamu ada hutang berjuta-juta ringgit, jangan putus asa. Kalau kamu berada dalam situasi yang nampak macam sudah tidak ada harapan, kayuh juga.


Bertindak. It will make a hell of a difference.


Lepas kamu sudah bertindak, kamu boleh menangis sepuas-puasnya. Mereka yang kata aku robot tidak tahu aku pernah menangis tiap-tiap hari selama 2 tahun. Mereka tidak tahu aku pernah berdoa agar dilanggar tren atau mendapat barah agar tidak payah meneruskan hidup lagi. Mereka tak tahu sakitnya hati terpaksa dihantui consequences akibat kesilapan orang lain seumur hidup.


Tapi takkan aku nak bazirkan hidup aku membenci orang lain? Lebih baik aku sibukkan diri dengan living.

14 comments:

SayaBudakPemalas said...

kucing saya pernah dilanggar kereta. hampir mati. darah keluar dari stiap tempat. ayah pula sudah bersedia mengorek tanah untuk dikuburkan. tapi mak bersikap positif, lap luka dan sapukan ubat. kini aktif berlari dan masih berbaki 5 nyawa. rasanya. :)

broken_nigina said...

nicely written.

Anonymous said...

oh perempuan!

Ingrid Dients said...

Told you juna would make it.

Never thought you weren't emotional. Just thought you weren't emotive, like me. I'd rather be quietly emotional than visibly emotive. Unfortunately, old habits make it impossible.

Tadi I was at parliament and Izzah and her mum commented on my tummy. She said "enjoy your sleep while you can". Haha. Hard to believe she just gave birth late last year. She got so little ass. Am so jealous. Sorry komen tak relevan entri.

47 said...

exactly.

get busy living or get busy dying.

meat said...

Agreed,nicely written.
Tengah buat assignment for this bloody subject I so effing hate,
esok dateline.Nak give up dah,
than came along your nicely written piece.Betul kamu kata,"Kalau kamu berada dalam situasi yang nampak macam sudah tidak ada harapan, kayuh juga."Fuck this,my destiny ain't written in stones.Guess ill get back to mengayuh.

Anonymous said...

Kayuh.

Macam kayak.




Best.

Kita jadi lebih waras dan lebih kuat lepas tu.




Bukan lepas kayak.

magenta said...

dyana: heh. saya rasa kucing ni haiwan kebal lah. :)

broken nigina: thanks.

erm: oh lelaki!

bovril: yeah you should enjoy the sleep while you can. i sleep with a sick kitten, kena bangun tiap2 2-3 jam. it's irritating and tiring, tu belum kena bagi susu lagi.

47: ssssshawshank bay-beh!

hussein: glad this piece serves as a mild motivation. just kayuh! the end product is worth it.

takahara: lebih waras dan kuat- setuju.

NeemoNeemo™ said...

Yuh, i misplaced 3 tickets to a grand dinner worth RM100 each but i ain't panicking.

When the person who supposed to represent my group for the presentation didn't turn up, i was cool.

...and my team mates were bengang at me.
i learnt that panic ain't helping.

Thanks my low level of adrenalin.

magenta said...

i'd rather have a teammate yg tak panic and mula strategise nak buat apa dalam minda on how to proceed rather than a teammate yang panic macam mak ayam hilang telur sebiji pastu tak leh pikir. :)

meat said...

good god.habis jugak assg.
needed to chase the lecturers car to pass it up,but what the hell.dapat hantar jugak.

Thanks for writing an aspiring piece.T'was exactly the 'shot of espresso' i need for me soul.

well,
Kayuh,jangan tak kayuh XD

Anonymous said...

the pursuit of happiness....will smith

magenta said...

hussein: great! now that you've gotten that over with,why don't you treat yourself to a cup of real espresso...or java frappucino, if that's your thing. :)

erm: haha happyness la. y tu kena urup besar. eh ke dalam italics. tak ingat dah.

ledisordre said...

wah. tulisan yg memberi kesan. thanks

happy for the kitten too.