Tuesday, April 1, 2008

Of Conservative 'Liberals' and Fitna

There's a reason I rarely blog about religion; it's because I hate to spread false facts. Kalau sampaikan fakta yang tak sahih, dosa. As a believer, I believe in konsep dosa dan pahala.


Aku sedar apabila aku kekurangan ilmu dalam satu area, jadi aku tak akan tulis panjang lebar pasal perkara itu dan berpura-pura seperti aku arif dalam perkara itu. I certainly won't make a film out of it. And that's the reason why I dislike Fitna. The film maker acted as if dia arif habis pasal Islam.


Ada kawan tanya aku, kenapa aku tak suka berbincang tentang Fitna? Sebab filem itu bosan dan terpesong, jadi buat apa aku nak bincangkan? Aku memang tak suka berbincang tentang movie macam itu. Macam KL Menjerit. Setakat famous disebabkan kontroversi, sesiapa boleh buat. Buat apa aku nak sebarkan sampah macam tu? Movie yang best macam Shawshank Redemption pun aku tak promote. Baik aku sebarkan pamphlet Giant. At least kamu akan tau barang apa yang murah minggu ini.


Tapi sebab mereka relentless dalam pursuit untuk berdiskusi tentang kontroversi ini, maka here are my thoughts:


Orang mungkin akan berkata aku ni narrow minded sebab tak dapat menerima filem itu, tetapi mereka nak buktikan apa dengan menyokong filem itu? Bahawa mereka open-minded? Pelik. Tak ada pulak sebelum ni mereka forward cerita-cerita sensasi serta kontroversi tentang agama lain.



Aku hanya defend kepercayaan aku. Ada ke manusia dalam dunia ni tak bengang kalau orang memperlekehkan amalan dan kepercayaan dia?


Analogi:


Kamu orang Melayu. Tiba-tiba ada orang Barat mahu membuat filem tentang orang Melayu berdasarkan cerita 'The Fallen Prodigy'. Walaupun kamu sedar prodigy tersebut bukanlah Melayu sangat sebenarnya, hanya dipanggil Melayu kerana salah seorang dari ibu bapanya Melayu. Dia tidak membesar di Malaysia. Tetapi, orang Barat ini membuat konklusi bahawa semua orang Melayu gila dan meletakkan terlalu banyak pressure atas anak-anak mereka sehingga anak mereka hilang judgement. Kamu suka?



Aku tahu mesti kamu tak suka. Mesti ada yang mahu menghunus keris. Sebab adanya pepatah, 'Biar mati anak, jangan mati adat'. Aku pulak, kurang kisah. Bagaimana kalau sedang kamu bengang ada orang yang jahil tentang Melayu kamu menghina bangsa kamu, tiba-tiba datang pula aku dan berkata, "Kau marah buat apa? Ini kebebasan bersuara apa. Lagipun, walaupun tak betul fakta dia, kelakar dan sensasi. Kau ni emo lah."



Alah, kita semua preaching about freedom. Tapi semua tak practice. Para liberal preach tentang freedom untuk mengamalkan macam-macam, tetapi memperlekehkan amalan orang lain. At least aku sedar tentang hakikat ini. Para liberal masih berfikir mereka open minded habis. Freedom Hadhari.



Kenapa konsep boikot tu kelakar? Aku tak rasa kelakar langsung apabila ekonomi sesuatu negara itu merosot secara teruk. Aku yakin negara itu pun tak rasa kelakar apabila mengalami kerugian berjuta-juta Euro sehari. Apa yang kelakar tentang soal duit? Bukankah itu yang paling sakit; kalau tak ada duit? Dah dah, jangan nak cakap kebahagiaan lagi fulfilling. Kalau tanya Denmark, mesti dia akan pilih duit. Dia akan cakap kalau ada duit, mesti akan ada kebahagiaan.



Dan sebab aku mengantuk dan malas, aku copy paste komen aku dari blog aku yang lagi satu sebagai conclusion:



Membuat kesimpulan tentang sesuatu agama dengan cara memetik 1 atau 2 ayat dari kitabnya from time to time adalah kerja budak sekolah darjah 1. Malah, aku pun semasa darjah 1 dapat memutar belitkan ayat sehingga org dewasa percaya. If we want to play that way, then:



Quotes dari Hitler:



"Hence today I believe that I am acting in accordance with the will of the Almighty Creator:
by defending myself against the Jew, I am fighting for the work of the Lord."


"
My feelings as a Christian point me to my Lord and Savior as a fighter. It points me to the man who once in loneliness, surrounded by a few followers, recognized these Jews for what they were and summoned men to fight against them and who, God's truth.."


Hairan ya, kenapa semasa Hitler membuat pernyataan seperti di atas, bukan orang Kristian yang mendapat nama buruk tetapi orang German?



Double standard. Banyak lagi terrorism di dunia ini, cuma bila orang Kristian atau Yahudi buat, mereka sebut bangsa, bukan agama. Walaupun orang tersebut buat di atas nama agama dia.



Aku gelak apabila para liberal (kononnya) tak habis-habis bercakap tentang kisah 9-11 and the value of a human life tetapi tak pernah ambil tahu pasal orang yang terkorban di
Iraq especially kanak-kanak yang tidak bersalah sehingga tanah itu seolah-olah menjadi a land for burial.


Kalau nak cakap pasal bunuh membunuh, google je 'Soldier throws puppy off cliff'. Itulah apa yang askar Amerika buat selepas bosan bunuh orang.



By the way, kita gelak-gelak apabila orang cakap nak boikot produk tapi apa yg kamu mungkin tak tahu,
Denmark telah mengalami kerugian berbillion semasa org boikot produk2 mereka dulu. Not a laughing matter for them.


Fikirkan.



Aku tak mahu ada kaitan dalam meng-defend sebuah filem yang menabur fitnah dan tak respek agama aku. Aku mungkin tak akan pergi memaki, mengugut atau membunuh sesiapa, but let it be known that I don't approve or accept it.


Kalau ada filem hina bangsa kamu and got their facts wrong, kamu nak sebarkan? Defend? Approve? Accept? I doubt it.

17 comments:

Ibu Adam said...

Eh eh...kenapa mengucapkan selamat tinggal kat sana?? Thank God yang ini masih ada.

Herm..persetankan apa yang orang cakap. Ini adalah kebebasan anda untuk bersuara. Dan suara anda bagus!! ;-)

~yang tak berapa bebas~

Anonymous said...

sikit jer:
aku pun x suka

not related:
persetankan pembaca yg negatif

100 orang ada 100 view dalam membahaskan sesuatu benda

we do what we can..keep on collaborate...solo bosan

Siberkop said...

Ya, aku baru nak jadi pelawat rutin dah hilang sorang penulis kat blog tu. Hmm.

magenta said...

undomesticwifey: Rasa tak selesa menulis di blog orang. Atas banyak sebab. Blog yang ni akan selalu ada kat sini.

erm: Kamu boleh hantar application kamu mengganti jawatan saya ke blog Merces Letifer. Hehe.

siberkop: Penulis yang lagi satu ada je lagi. Memang bagi kami kongsi blog tu dah set untuk sementara saja.

47 said...

"Kamu boleh hantar application kamu mengganti jawatan saya ke blog Merces Letifer"

haha!

Anonymous said...

Sigh.

Perlukah sampai nak padamkan coretan-coretan dulu kat mercesletifer? :/ Bukan apa, saya rasa sayang aje bila blogposts yang thought-provoking hilang di dunia. Ceh wah, dramatis terlebih. Heh.

But I respect your decision. Sure, now I have one less source to stalk you, but at least Vinegar and Ice can be relied to stick around for some time...

kan? *muka berharap*

Anonymous said...

Ade ke orang kata boikot itu suatu jenaka?

Gila laah.

magenta said...

47: Haha gelak ye..

chen: Oi, selamba mengaku stalker! :p

I really have no intention of deleting this blog dalam masa terdekat. Abt posts on Merces Letifer, I'll think of something.

takahara: Hehe kamu ni cepat hairan ye dik.

Anonymous said...

...and now i'm getting horny...this i like... liberals are not that liberating.

farizzet said...

pasal boikot tu aku dalam senyap2 aku buat tapi bile fikir shell aje, terfikir bonuslink aku...

pasal fallen prodigy tu, aku sedih. dan aku sangat keji orang yg hina atau ketawakan dia. tapi tiada apa yg aku bole ubah.

broken_nigina said...

kita perlu tahu bila untuk ambil ringan dan bila untuk ambil serius.
paling tidak gua percaya itu.

Anonymous said...

memanglah selamba ish. bukannya saya stalk sampai kat rumah kamu. :P saya ni stalker harmless mmkay, sekadar komen berlambak aje. dah cuba email si mangsa stalking saya, tapi takde jawapan pun. *self-piteous* ;)

magenta said...

ungka: i'm confused.

farizzet: haha aku tak buat pun boikot tu.. tapi aku takkan gelak kat orang yang buat.

pasal prodigy tu, dia sebaya dengan aku. dah cukup tua untuk buat keputusan untuk diri sendiri.

broken nigina: du hast rechts.

chen: alahai sorry! i rarely check that email account. i'll get back to you tomorrow eh? hehe. ada YM tak? can fwd to that email?

Anonymous said...

err, YM tu referring to Yahoo mail or messenger? former yeah, latter no. or were you asking me if i have your ym? cos i don't, evidently. :D maaf tak cukup tidur, sangat foncuse sekarang. :P

magenta said...

heh i was asking if you had my yahoo messenger. don't have eh? nvm. my msn tak tak valid. haha it's 2pm here and i'm tired too. think i'm gonna take a nap.

magenta said...

*dah tak valid.

typo sebab sleepy.

ledisordre said...

i adore your thinking. berckp tentang agama di malaysia adalah satu perkara yg sgt frustrating. rata-rata org suka berckp mcm ada degree dlm quran sunnah. bila tanya dalil, "ustaz aku ckp". tak pun "bapak aku ckp".

tentang fitna, sampah. buang masa je nk kecoh. org islam di msia, yg di dpn mata tak nampak pulak.

tentang para liberal, i never take them too seriously.