Dia tulis dalam report card sekolahnya dengan tulisan cakar ayam semasa dia berusia 9 tahun,
Bawah analisis peperiksaan awal tahun bulan Mac (yang sepatutnya diisi oleh guru):
Terlalu pandai. Tak perlu belajar untuk masa hadapan.
Bawah analisis peperiksaan pertengahan tahun:
Terlalu pandai. Merbahaya. Tak perlu pergi sekolah lagi. Perlu dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
Bawah analisis peperiksaan akhir tahun:
Aku tak ingat dah apa dia tulis. Tapi sama saja merepek. Tak silap aku dia tulis terlalu pandai, perlu dihantar ke Henry Gurney.
Semuanya ditandatangani dengan percubaan yang nampak-sangat-tak-jadi untuk meniru sain mak aku di bawah ruang tandatangan ibubapa. Di mukasurat sebelah tertera markah-markah peperiksaan yang kurang cemerlang.
Itu lah satu-satunya abang yang aku ada. Masa kecil dia nakal. Macam setan, orang kata. Tapi dia yang buat zaman kanak-kanak aku yang hambar ini jadi seronok.
Dia reka permainan 'babi hutan'. 'Babi hutan' adalah sesiapa yang kami tidak suka atau pernah memarahi kami. Boleh dimain di mana-mana sahaja. Lokasi, perlu ada tempat yang boleh menyorok belakang atau boleh panjat-panjat (sofa, katil). Yang penting babi hutan adalah seseorang yang kami kenal. Bila abang aku jerit "Babi Hutan!", kami kena cepat-cepat menyorok dan memanjat katil serta berguling-guling untuk mengelak babi hutan yang mengejar kami sambil gelak berdekah-dekah. Babi hutan itu hanya wujud dalam imaginasi, tapi aku rasa macam sangat real pada masa itu.
Di sekolah rendah dia join Taekwondo. Balik rumah dia praktis atas aku. Aku tahu niat dia sebenarnya baik. Kot. Nak menunjuk ilmu yang baru dipelajari pada hari itu. Sambil pakai baju putih Taekwondo dan bertali pinggang merah, dia tendang aku. Suatu hari, dia tertendang muka aku. Terus gigi depan aku yang dua itu jadi longgar selepas itu. Aku menangis sambil berlari ke mak aku. "Amir (bukan nama sebenar) babi! Amir babi!" aku menjerit. Lepastu aku kena marah dengan mak aku kerana menggunakan perkataan babi. Aku kecewa. Aku main babi hutan sorang-sorang sambil membayangi bahawa abang aku adalah babi hutan itu.
Dia licik. Masa mak aku tak nampak, dia pukul kepala aku dengan raket badminton dan terus lari. Setelah aku mula memaki hamun dan menangis, aku pula yang dimarahi oleh mak aku. Lepas itu aku dah belajar untuk menyelesaikan masalah sendiri. Aku ambil pinggan yang berat. Semasa belakangnya dipusing menghadap aku, aku baling pinggan itu ke kepalanya macam Frisbee. Lepas itu aku kena kejar dan ditolak tangga. Aku dah biasa jatuh tangga. Kadang-kadang lepas jatuh, aku tertidur atas tangga itu juga. Bila bangun, dah tak sakit lagi. Hanya berbekalkan benjol di dahi.
Dia suka kenakan aku. Menjadi adik yang lurus walaupun akademik lebih cemerlang, aku selalu terkena. Lepas dia kenakan aku, dia buat-buat sorry depan ibu bapa aku. Semasa mereka tak nampak, dia buat thumb ups sign dan sengih macam kerang busuk. Lepas aku kejar dia, dia lari dan selalu kunci dirinya dalam bilik. Sekali dia pernah menghimpitkan jari aku di celah pintu sampai jari-jari aku berdarah. Sakit nak mampus. Aku terus tidur sambil meletakkan tangan aku di bawah bantal. Bila bangun, dah tak sakit lagi. Tak ada kesakitan fizikal yang tak dapat diubati dengan tidur. Walaupun sementara.
Pasti ramai yang menganggap aku tomboy semasa kecil. Sebenarnya, tak. Bila aku balik kampung halaman aku pada cuti penggal, aku selalu bermain masak-masak dan patung.
Aku sebenarnya nostalgik teringat memori-memori ini. Sejak dia masuk Sekolah Menengah, kami sudah tak bercakap lagi. Sudah bertahun-tahun kami tak bercakap. Aku pun sudah tak reti nak membahasakan diri aku dengan apa bila berbicara dengan dia. Mungkin sebab haluan yang sangat berbeza. Bila aku telefon rumah dahulu, kadang-kadang aku bertanyakan khabar dia melalui emak aku. Dia pun kadang-kadang bertanyakan khabar aku melalui orang lain. Bila pulang, aku belikan dia cokelat. Baju. Tetapi hanya mampu berkata, "Nah. This is for you," dengan suara yang perlahan sambil tunduk. Tetapi aku dan kakak aku, yang masa kecil tidak rapat kerana perbezaan umur yang ketara ketika itu, sekarang akrab.
Ya, pasti zaman kanak-kanak aku hambar tanpa abang aku. Kan di luar sana terlalu banyak benda merbahaya.
18 comments:
lol. ur childhood sounds like a nitemare.
hmm. now when i look at the scars my younger brother gave me from all those physical abuse, i'll think of this post.
maybe then i'll stop wishing he never existed. LOL.
It wasn't.
Eh, haha. Posted a comment at the same time. "It wasn't" was for Sara's comment.
Iqa, hahaha. One word - Avenge!
err.. avenged sevenfold? ok la tu, aku tumbuk gigi patah tau.
Haha. At least you never had him attack you with a saw. And then he lontar a chair at me until my lips bled and were swollen. Ah, good memories.
Everyone was his victim masa kecik2..even me. Age makes no difference! But now the tables have turned. Kesian plak tgk dia.
ahh.brothers.i should know.i have TWO!
they can be the meanest asshole ever, but a few hours later they'll turn into an absolute sweetheart by passing you every lauk at the dinner table.
talking about fights, those days as kids were the best! kicking (every part of the body - head, tummy, arse, breasts*me-sole victim), punching, twisting..brings back memories :) as weird as it may sound, i looked forward to them all the time.
now each of us are in our own capsules, reluctant to break out and 'connect' like before.sigh.
same here same here!
masa kecik saya rapat dengan abang. kami masuk taekwondo, balik rumah abang suruh letak bantal dekat perut lepas tu dia tumb uk kuat-kuat.
Gile sakit.
lepas tu, ada satu hari masa puasa, saya sakit perut, abang kata saya ada penyakit buah pinggang. terus menangis.
sekarang, kamcing dengan kakak.
mungkin, kita rapat dengan abang masa kecik sebab kita suka cuba aktiviti/permainan ekstrim, dan masa tu budak laki sahaja yang mempunyai idea-idea kreatif lagi ekstrim.
dan sekarang, kita rapat dengan kakak sebab boleh bincang hal perempuan.
i was a timid boy. mesti adik2 (both perempuan) saya kata boring ada abang.
mase kecik abg saya hero saya.
skunk ni.kami musuh ketat yang x berbicara.
ni kelab adik2 ke? sapa sini kelab abang2?
walaupun kami ganas,tapi sebenarnya kami sayang korang
oh peringatan,kalau kau menjawab cakap ibu lagi sekali..aku tampar lagi
Seronoknya kalau dapat cerita tentang siblings. Walaupun yg perangai macam dharjal masa kecik.
My family takde cerita menarik. Tak rapat langsung dengan sesiapa.
Just tumpang seronok dengar cerita orang :)
I dont have sister. Just brother.
Memang masa kecil saya selalu kena buli because im the only girl in my family.
Baru post satu cerita tentang abang saya yang akan berkahwin tak lamalagi. Macam sedih pulak sebab dulu-dulu saya lah girlfriend dia ;(
Makanan untuk jiwa.. although its a short entry..saya rasa ianya sangat tepat. Terdapat ramai manusia yang tidak tahu mengawal diri mereka tapi ingin membantu orang lain. Niat yang baik tidak semestinya di sanjung.Kita semua pernah jumpa manusia seperti ini..it takes all kind to make the world. What can we do but smile inwardly? My sympathy 2 u.
i am thinking..
i am big brother
pakali: *ketawa sinis* Kau tumbuk pokok renek pun tak tentu goyang. Hehe.
bovril: You got the more 'special' treatments cause you were older kot. Age does make a difference. Thank goodness I only got the punches and racquets. Haha.
zureen: My brother was an asshole 24/7. He doesn't do things like pass lauks. BUT, he was the most endearing and entertaining asshole I know.
takahara: Haha that makes sense. Memang I have nothing in common with my brother now. Masa muda, it's all about fun, kan?
farizzet: Hahah. I refuse to believe ada budak laki yang tak nakal LANGSUNG masa kecik!
pandagumuk: Panda gumuk dengan skunk memang musuh ketat kan?
erm: Oi! Mana ada aku jawab cakap ibu dalam entri ni..hmm, kalau macamtu, aku nak baling kerusi kat abang aku la nanti. Pastu cakap aku buat sebab sayang. Heheh.
neem: Hahaha! NeEM, my siblings (well, most of them), semuanya perangai macam dajal masa kecik2. Even me.
sarah: Hi Sarah! I just read your entry. Nak kahwin dah ye? Nampak macam muda lagi.
realist: Thank you, dear.
adegankhayalan: Well, you are not MY big brother. Kesian adik kamu. Haha.
Yeap agak muda kot.. 25 tahun :D
But the problem is, saya risau pula.
Macam-macam lah ;)
seronok bace cite2 zaman budak2 ni..
aku ni...dah tak berape igt memori-memori lama...zaman skola pon..aku tak dpt igt..inikan pula zaman kecil2 [aku muda lg br 25...tp..macam tak dpt igt bbrp perkara]
cume..aku macam ade memori..abg aku cucuh api kat lutut aku..berparut smpi skrg..taw bende ni pon..sebab mak cite
---teringin sgt nk igt memori2 lame
Post a Comment