…that’s choking on the splinters.
I usually write about the first thing I think of when I wake up in the morning. Hari ini aku bangun dan terfikir tentang Seinfeld dan konsep 'soulmate'.
Aku tak tahu kenapa dalam banyak-banyak episode Seinfeld yang aku telah tonton, episod ini juga yang aku tak dapat lupakan. Episod di mana Jerry telah bertemu dengan soulmatenya. Ada sesiapa yang ingat episod ini lagi tak?
Dalam episod itu, Jerry nyaris dilanggar oleh sebuah kereta tetapi diselamatkan oleh seorang gadis yang tidak dikenali. Selepas berkenalan dan discover bahawa mereka mempunyai initials yang sama - J.S., Jerry telah mengajak Jeannie untuk bersarapan pagi.
Di diner, Jerry telah mengatakan "I’ll have the usual" dan Jeannie telah memesan cereal. Dan Jerry tersentak kerana menjumpai seseorang yang makan cereal di diner juga. Dipendekkan cerita, akhirnya mereka menjumpai bahawa mereka ada banyak persamaan, dari segi pemikiran yang selalunya sama ke minat kepada Superman.
Hubungan itu berakhir berdasarkan konsep familiarity breeds contempt. Mereka telah memutuskan hubungan mereka dengan menjeritkan "I hate you!" serentak yang diikuti dengan tawa berdekah-dekah. The first mutual break up in history, ladies and gentleman.
Masa umur aku masih belasan tahun, aku relentless dalam mencari soulmate aku. Aku ingin bertemu dengan seseorang yang mempunyai citarasa yang sama dengan aku dalam segalanya. Fantasi aku macam-macam; membaca buku di kedai makan sorang-sorang, lepas itu akan ada mamat sebaya yang approach aku dan berkata, "I like that book too!"
Atau memakai baju band yang aku minati dan ditegur oleh bakal soulmate aku. "Eh, kau suka band tu jugak?" Dan selepas itu kami akan berborak dengan passionatenya tentang hal-hal lain yang kebetulan juga, dia bersependapat dengan aku. Lagu Real Love dendangan Beatles akan berkumandangan dalam minda aku. Biasalah, gadis dramatik macam aku ni, semuanya pun kena ada soundtrack.
Ada banyak cliche yang aku tak suka dengar bila berbicara tentang cinta. Antaranya, love comes a knocking when you least expect it.
Sort of. Suatu petang di musim luruh, dia datang. Ting tong. Aku tekan butang intercom nak kasi dia masuk.
Dua minit kemudian, dia berdiri di depan aku sambil menggalas backpack. “Jom,” dia ajak.
"Pergi mana? I’m tired."
Sepuluh minit kemudian, aku turun bawah bersama dia. Kami board S-Bahn. Selepas 5 stesen, dia ajak aku turun. Ambil tram nombor 6 pulak.
Setengah jam kemudian, tak ada gara-gara nak turun pun. Di setiap perhentian, semakin ramai orang yang turun. Tram semakin kosong.
"Seriously, where are we going?"
"I wanna show you the sunset," dia jawab.
Aku terdiam, kecewa. I’ve seen many sunsets in my life. I don’t see how this one could be any different.
Di stesen terakhir, dia ajak aku turun. Setelah turun dari tram, aku lihat keliling. Kosong. Sebelah kiri, ada hutan. Di utara, ada ladang terbiar. Di kanan dan selatan, hanya ada landasan tram.
"Kita kena jalan lagi nak sampai sana. We have to hurry. It’s almost sunset."
Kami jalan dalam setengah jam lagi. Dalam perjalanan, aku diserang oleh anjing chihuahua yang dibawa berjalan-jalan oleh tuannya. Cuaca sangat sejuk. Aku dah mula penat tapi aku diam saja.
Kemudian kami tiba di destinasi. Taman yang deserted. Di depan taman, laut terbentang luas. Horizon jelas di hadapan. Matahari baru mula terbenam. Magnificent.

Aku berjalan perlahan-lahan ke arah tangga di taman itu. Yang kelihatan macam Spanish Steps versi satu pertiga dalam cahaya sunset ini. Aku duduk di atas tangga itu dan nampak lampu kapal-kapal kargo berkelipan. Dia duduk sebelah aku dan mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Aiskrim dan dua sudu besi yang diikat dengan getah pada tisu napkin. Aku lihat bekas aiskrim itu. Erdbeer Liebe. Itu yang tercetak di atasnya. Aiskrim sudah separa cair.
Pada saat itu, bukan Real Love yang berkumandang di dalam kepala otak aku, tetapi Beautiful Way dendangan Beck. The first ten seconds of the song. Seolah-olah on a loop inside my mind.
Aku baring di atas tangga itu dan pejam mata. Buka mata. Nampak langit. Pejam lagi. Kali ini aku nampak diri aku semasa umur 4 tahun, sedang berbaring di atas merry go round. Aku toleh ke kanan, lihat abang dan kakak aku sedang bermain dengan riang bersama adik beradik Joseph. Aku senyum pada mereka. Kemudian aku pandang langit. Kaki aku kais-kais tanah di bawah merry go round itu, cuba untuk spin diri sendiri. Aku pandang langit yang mula berpinar-pinar dalam mata aku.
Selepas aku buka mata sekali lagi, aku sedar sesuatu. It’s not the things that we don’t have in common that matter.
Cinta adalah seperti suatu masalah Matematik mudah yang seorang budak 7 tahun dapat selesaikan, tetapi seorang graduate Harvard tak dapat selesaikan kerana dia terlebih fikir. Macam satu formula kimia. Kena ada gabungan elemen dalam sukatan tertentu.
Aku tak tahu kalau aku percaya dalam cinta sebagaimana yang didefinasikan oleh remaja zaman sekarang yang gemar baca novel cintan dan filem drama. Cinta bagi aku adalah memadai untuk describe perasaan tentang seseorang yang mempunyai cukup persamaan dan daya toleransi supaya aku tak perlu mengubah cara hidup aku secara drastik. Cukup perbezaan supaya aku takkan bosan sampai bila-bila. Seseorang yang boleh tunjuk aku sesuatu yang biasa aku temui dalam kehidupan tetapi bila dia yang tunjuk, I see it in a totally different light.
And people always think having things in common like ‘the same favorite color’ matter.